Sandang Kebesaran

Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong


Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah. Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

Sandang Mahaguru
Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

Sandang Kegurulatihan
Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

Sandang Protokol
Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

Sandang Khas
Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.

Sandang Berjawatan
Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.
Sandang Berjawatan
Sandang Berjawatan
Sandang Berjawatan
Sandang Kehormat
Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.
Sandang Kehormat
Sandang Kehormat