Pengembaraan ke Menam
Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam. Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya Hendon dan abang iparnya, Zainal Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik abang iparnya, dan ditemani oleh Mata-mata Bakar bin Osman telah mengikuti perempuan tua yang dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam.
Jarak perjalanan antara Menam dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya, Lenchon.
Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak tahan untuk membuang air besar(setelah ditahan selama dua hari), Meor Abdul Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan.
Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.
Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke Menam. Selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang. Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan masa mereka dengan keluar memikat burung serindit kerana
harganya ketika itu sangat mahal (seekor burung serindit boleh mencapai harga di antara RM 3 - RM 5 seekor). Setelah empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk menemui abang iparnya Zainal Abidin.
Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga tertarik untuk ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk abang iparnya Zainal Abidin di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan abangnya Meor Abdul Aziz telah pergi ke Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang. Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh. Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak "keras" dan Tok Mek Jah keberatan untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana.
"Kamu tak boleh pergi ke sana. Di situ tempat kawalan pendekar. Kalau nak pergi juga, aku tak boleh hantar" jelas Tok Mek Jah.