Lembaga Beradat

Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan PSSGM


Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) telah bermesyuarat  pada 29 Mei, 2009 dan tamat pada  31 Mei,2009 bertempat di DPalma Hotel, Ampang Selangor adalah bagi mewartakan dan mengesahkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang pernah diadakan pada 05 February,2008 di Kediaman Cikgu Sazali Salleh bin Dato’Meor Abd Rahman di Air Kuning Taiping , Perak.

Pada Mesyuarat kali ini menyaksikan Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan sebulat suara bersetuju serta memutuskan bahawa setiap Pengerusi Lembaga Beradat Negeri akan di dilantik menduduki Ahli Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Adiwijaya Abdullah, DNS,ANS, BKM selaku Pemangku Presiden  juga Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Merangkap Pemangku Yang DiPertua PSSGM  mengumumkan  keputusan mesyuarat  tersebut seperti berikut:

Pengerusi Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad (dari Johor)
Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff  PPT, PJK (dari Selangor)

Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan sebagai IBU GAYUNG Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia

Pengerusi Lembaga Beradat Negeri Negeri adalah :
01. Perlis        - Cikgu Nordin bin Abdul Rahman
02. Kedah    - Cikgu Shuib bin Husin
03. Pulau Pinang    - Cikgu Yaakub bin Said
04. Perak        - Datin  Hajjah Faridah bt. Abu Johan
05. Selangor    - Cikgu Selamat bin Mat Raji
06. N.Sembilan    - Cikgu Arshad bin Ibrahim
07. Kelantan    - Cikgu Haji Mansoor bin Othman
08. Johor        - Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad
09. Terengganu    - Cikgu Ghazali bin Harun
10. Melaka    - Cikgu Haji Mohamed bin Md Nor
11. Pahang    - Cikgu Ahmad Tajuddin bin Othman
12. Sarawak    - Cikgu Uthman bin Haji Ramli

Barisan Ahli Lembaga Waris Amanah adalah :
01.Perlis        - Cikgu.Nordin bin Abdul Rahman                  
02.Kedah        - Cikgu Adiwijaya bin Haji Abdullah, DNS,ANS, BKM
03.Perak        - Cikgu Sazali Salleh Dato’ Meor Abd Rahman
04.Selangor    - Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT, PJK
05.Selangor    - Cikgu Kahar bin Haji Redha, PJK
06.Melaka    - Cikgu Tuk’ Ismail bin Jantan, DMHL
07.Selangor    - Cikgu Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, PJK

Mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan yang di adakan di Dpalma Hotel, Ampang adalah rentetan dari tertubuhnya Lembaga Beradat Kebangsaan di Kediaman Pn Siti Kalsom di Air Kuning Taiping, Perak  pada tahun 2003. Semasa hayat Allahyarham Dato’Meor Abdul Rahman, surat bertarikh 08/09/1989 ada memaklumkan bahawa Pewarisan bagi  mengekalkan kesinambungan Silat Seni Gayung Malaysia dan Serantau selepas ketiadaan beliau nanti, maka Pewaris untuk mewarisi ilmu Pelajaran, Adat Istiadat dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia kepada   anakanda beliau iaitu Allahyarmah Pn. Siti Kalsom dan Allahyarham Dato’ Haji  Ahmad bin Lazim, dan kepada  mereka berdua inilah  Allahyarham Dato’ Mahaguru  amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung. Mereka berdua juga telah diamanahkan membentuk satu Badan Majlis Waris Amanah Tertinggi seramai 7 orang (Tali Pinggang Pelangi Hitam ) bagi mentadbir dan menyusun segala perkembangan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia pada masa akan datang .

Pada Mesyuarat Agung Kebangsaan pada tarikh 28 January,2006 yang berlangsung di International Hotel K.Lumpur yang lalu, Pn Siti Kalsom selaku Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Presiden PSSGM, telah mengumumkan  di dalam Majlis tersebut bahawa Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Adiwijaya  Hj Abdullah, DNS,ANS,BKM sebagai  Timbalan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Selepas  Pn Siti Kalsom bt. Dato’ Meor Abdul Rahman kembali ke Rahmatullah pada 06 February,2007 maka Mesyuarat Majlis Lembaga Beradat  Kebangsaan diadakan di Kediaman Cikgu Sazali di Air Kuning Taiping, Perak pada 05 February, 2008. Adiwijaya Abdullah telah mengumumkan perlantikan Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT,PJK sebagai Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Sulleh bin Udin selaku Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan.