Majlis Eksekutif PSSGM
Di bawah kuasa Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, diwujudkan majlis dan badan yang mempunyai fungsi dan bidangkuasa tertentu bagi mentadbir adat dan istiadat secara khusus dan tersusun. Majlis dan badan yang dimaksudkan ialah :
a. Majlis Kehakiman Gayong
b.Majlis Istiadat
c. Majlis Perhubungan
d. Majlis Kegurulatihan
e. Majlis Kewangan
f. Majlis Ibu Gayong
g. Lembaga Beradat Negeri
h.Badan Penapis Amanah
i. Badan Ibu Gayong
a. Majlis Kehakiman Gayong
Majlis Kehakiman diketuai seorang Kipas Emas. Majlis ini terdiri daripada dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Perlimau. Jawatankuasa Aduan terdiri daripada tidak lebih enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan. Perlantikan ahli Jawatankuasa Aduan dibuat untuk meneliti dan membantu Kipas Emas menyelesaikan aduan tertentu. Apabila aduan yang dibuat diselesaiputuskan maka Jawatankuasa tersebut terbubar dengan sendirinya. Bagaimanapun ahli daripada Jawatankuasa yang terbubar boleh dilantik semula untuk menangani aduan lain. Jawatankuasa Perlimau pula terdiri daripada tidak lebih enam orang Ketua Wakil Beradat. Jawatankuasa ini berkuasa mentadbir hak-hak adat perlimau di seluruh negara. Ketua Wakil Beradat dilantik oleh Lembaga Waris Amanah bagi tempoh yang ditetapkannya. Ketua Wakil Beradat boleh menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di mana-mana negeri sama ada atas arahan Lembaga Waris Amanah atau jemputan Lembaga Beradat Negeri tertentu. Jawatankuasa Perlimau berkuasa ke atas setiap Wakil Beradat yang dilantik oleh Lembaga Waris Amanah di mana-mana jua. Jawatankuasa ini boleh membuat peraturan atau panduan bagi meningkatkan imej Wakil Beradat dan pengurusan Jawatankuasa Perlimau.
b. Majlis Istiadat
Majlis Istiadat dipengerusikan seorang Ketua Khlaifah Besar (Istiadat). Keanggotaannya dipilh daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau ahli Gayong atas budibicara Pengerusi Majlis Istiadat. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir Balai Istiadat dan Muzium Silat Seni Gayong.
c. Majlis Perhubungan
Majlis Perhubungan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Perhubungan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Perhubungan. Majlis ini bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Sebaran Am atau sebarang jawatankuasa yang ditubuhkan untuk pembangunan Silat Seni Gayong. Di bawah Jawatankuasa Pendidikan, diwujudkan Institut Kegurulatihan Gayong dan Institut Kefahaman Gayong sebagai Institusi Pendidikan yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam Silat Seni Gayong.
d. Majlis Kegurulatihan
Majlis Kegurulatihan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan) manakala Ketua Pengarah atau Pengarah Gurulatih dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pusat Latihan Tertinggi. Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kegurulatihan. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Tertinggi dan Pusat Latihan Negeri. Perkara yang menyentuh pelajaran dan latihan Silat Seni Gayong adalah di bawah bidang kuasa Majlis Tertinggi Gurulatih.
e. Majlis Kewangan
Majlis Kewangan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kewangan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kewangan. Majlis ini bertanggungjawab membangun, mengurus dan mentadbir sumber pendapatan dan wang adat Silat Seni Gayong.
f. Majlis Ibu Gayong
Majlis ini dipimpin oleh seorang Pengerusi, masing-masing seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari serta tidak melebihi daripada 17 orang ahli. Keanggotaannya terdiri daripada semua Pengerusi Badan Ibu Gayong dan ahli yang dilantik oleh Majlis Ibu Gayong. Perlantikan ini ditauliahkan untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan. Antara tugasnya :
i. bertanggungjawab secara khusus ke atas hal ehwal murid dan guru wanita;
ii. membincangkan sebarang perkara yang menyentuh kebajikan dan masa depan ahli wanita;
iii. mengusul sebarang ketetapan untuk dibincangkan Lembaga Beradat Kebangsaan.
g. Lembaga Beradat Negeri
Lembaga ini dipimpin oleh seorang Imam Khalifah manakala Pengerusi Lembaga Beradat Negeri menjalankan urusan pentadbirannya. Pentadbiran organisasinya adalah menurut kaedah-kaedah yang diputuskan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Perlantikan anggotanya selain daripada Imam Khalifah (jika berkenaan) atas syor Pengerusi Lembaga Beradat Negeri. Setiap lantikan adalah untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan daripada masa ke semasa. Antara tugas dan bidangkuasanya ialah :
i. menjalankan sebarang polisi dan peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan;
ii. bertanggungjawab ke atas urusan adat dan istiadat di dalam negeri masing-masing;
iii. mengawasi perjalanan Majlis Gurulatih dan pentadbiran pertubuhan negeri agar tidak bercanggah dengan agama dan adat.
Lembaga Beradat Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk melicinkan pentadbirannya. Keanggotaan jawatankuasa kerja ini adalah atas budibicara Waris Beradat.
h. Badan Penapis Amanah
Badan Penapis Amanah ditadbir oleh Majlis Kehakiman Gayong. Badan ini dianggotai oleh panglima-panglima yang dipilih oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan. Fungsinya ialah sebagai Biro Siasatan Gayong. Majlis Kehakiman Gayong berkuasa mengarahkan ahli Badan Penapis Amanah untuk menyiasat sebarang aduan kesalahan bagi pihak Kipas Emas yang berlaku di mana-mana sama ada melibatkan individu atau organisasi.
i. Badan Ibu Gayong
Badan Ibu Gayong dianggotai oleh ahli Gayong yang dilantik sebagai Imamah. Keanggotaannya ialah selama tiga tahun dan boleh dipanjangkan atas budibicara Lembaga Beradat Negeri. Antara tugasnya ialah :
i. menjalankan sebarang tugas yang diputuskan oleh Majlis Ibu Gayong;
ii. memutuskan sebarang masalah, perancangan dan agenda murid dan guru Gayong wanita di peringkat negeri.