Bersua Hang Tuah
VERSI PERTAMA
Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam (di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.
Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga seorang manusia yang berpakaian persis seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan dipinggangnya tersisip sebilah keris.
Lembaga tersebut lalu berkata, "Kamu janganlah berasa bimbang dan takut. Kamu akan kami penuhkan lagi diri kamu dengan ilmu-ilmu pertahanan dalam ilmu kepahlawanan."
Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di dalam negara ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat itu juga, lembaga itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang Tuah.
"Akulah Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka. Aku berkhalwat di sini. Aku penjaga di sini."
Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu, diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu.
"Kamu tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapapun asalkan kamu tidak derhaka kepada kedua orang tua dan kamu hendaklah menghormati mereka."
Hang Tuah telah mengarahkan Meor Abdul Rahman menghadap sultan yang memerintah negerinya (Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia serta mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik.
Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan pada dirinya; beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.
VERSI KEDUA
Ketika Meor Abdul Rahman sedang duduk berzikir di atas sebuah batu hitam, tiba-tiba sekonyong-konyong muncul lima lembaga manusia yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu sambil masing-masing bersenjatakan sebilah keris. Salah satu daripada lembaga tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka yang termasyhur pada zaman dahulu.
Hang Tuah telah berkata, "Sekarang tibalah masanya untuk kamu dikhatamkan..."
Hang Tuah kemudian telah mengarahkan keempat-empat lembaga yang mengiringinya supaya menyerang Meor Abdul Rahman secara serentak. Meor Abdul Rahman telah berjuang bersungguh-sungguh menentang serangan ramai tersebut, biar pun ketika itu diri beliau tidak bersenjata langsung. Serangan yang datang dari pelbagai arah tersebut dihadapinya dengan gagah, dan berjaya dipatahkan satu demi satu. Akhirnya, keempat-empat lembaga tersebut berjaya ditewaskan oleh Meor Abdul Rahman, dan Meor Abdul Rahman berjaya menendang dan merampas satu daripada keris yang digunakan oleh lembaga-lembaga yang menyerangnya. Keris yang berada di dalam genggaman Meor Abdul Rahman khabarnya adalah keris Pendawa Lima yang menjadi miliknya sekarang dan keempat-empat lembaga tersebut dipercayai sebagai "Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu". Hang Tuah kemudian meminta agar perlawanan diberhentikan, lalu menyuruh Meor Abdul Rahman mengangakan mulut. Hang Tuah kemudian meludah ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sambil mengamanahkan ilmu silat yang telah dipelajarinya(Seni Gayong) diajar kepada keseluruhan insan dengan mengikut adat istiadat yang sejati, pada masa-masa yang tertentu. Hang Tuah juga meminta Meor Abdul Rahman menghadap raja yang memerintah negerinya untuk menyembahkan taat setia dan berbakti kepada sultan sebagaimana Hang Tuah berbakti kepada Raja Melaka. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada seorang pun yang dapat menewaskannya selagi beliau patuh kepada syarat-syarat yang tertentu. Hang Tuah kemudian menyuruh Meor Abdul Rahman meninggalkan tempat tersebut menuju ke arah matahari naik.