Adat Membuka dan Menutup Gelanggang
Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:
- Surah Al-Fatihah (1 kali)
- Surah Al-Ikhlas (11 kali)
- Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)
- Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut.
- Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.
- Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.
Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak 11 kali.
Adab Dalam Gelanggang
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:
1.Tidak meludah.
2.Tidak memakai alas kaki.
3.Tidak bergurau senda
4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu
seseorang di luar gelanggang.
5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan.
6.Tidak makan atau minum.
Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa menikmati juadah atau makanan.
1.Tidak meludah.
2.Tidak memakai alas kaki.
3.Tidak bergurau senda
4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu
seseorang di luar gelanggang.
5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan.
6.Tidak makan atau minum.
Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasa menikmati juadah atau makanan.