Gayong Tersebar di Nusantara
Apabila tamat pemerintahan Jepun iaitu sekitar tahun 1945, Meor Abdul Rahman kembali semula ke Singapura. Tidak berapa lama di Singapura, beliau telah dipelawa untuk menjadi Penghulu Besar di Pulau Sudong. Sejak beliau menjadi Penghulu Besar di Pulau Sudong, maka pulau itu pun menjadi pusat Silat Seni Gayong. Dari Pulau Sudong inilah Silat Seni Gayong berkembang, sehingga merebak ke pulau-pulau lain seperti Pulau Seking, Pulau Bukum dan sebagainya.
Apabila berita tentang kehebatan Silat Seni Gayong sampai ke pengetahuan orang-orang di kepulauan Indonesia, mereka telah menghantar seorang wakil mereka yang bernama Wak Simong, untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong di sana. Kebetulan pula pada waktu itu penduduk di sana sedang diancam oleh lanun. Meor Abdul Rahman pergi ke Pulau Terong dengan empat orang muridnya iaitu Naning, Mersad, Bendol (penghulu Pulau Sudong selepas Meor Abdul Rahman) dan seorang lagi yang tidak dapat dipastikan namanya. Maka Silat Seni Gayong pun berkembanglah dengan pesat di Pulau Terong, Pulau Geranting, dan seterusnya beberapa pulau yang lain, termasuklah di kepulauan Riau.
Dalam tahun 1947, kerajaan British telah menawarkan Meor Abdul Rahman jawatan sebagai pegawai dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Ketua Polis Singapura telah mendapat tahu rahsia kehebatan Mahaguru Meor Abdul Rahman sewaktu beliau berkhidmat sebagai Guru Kombat di Gillman Barrack. Setelah empat bulan, beliau memohon dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah(CID). Permohonan beliau diluluskan dan beliau telah ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan dan ditugaskan menyiasat sebarang penipuan dalam timbangan. Tidak lama kemudian beliau ditugaskan pula di bahagian kepolisan yakni di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat Sarjan.
Pada tahun 1947 juga, atas jasa-jasa beliau menentang keganasan tentera Jepun, beliau telah dikurniakan pingat keberanian King George VI oleh kerajaan Inggeris. Di sekitar tahun ini juga beliau giat mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong di tanah besar Singapura. Menjelang tahun 1948, jumlah anak murid Gayong sudah mencapai 100,000 orang, dengan 50,000 daripadanya adalah dari kepulauan Indonesia.