Adat Menghadap Bertapak


Adat Menghadap Bertapak

Adat Menghadap Bertapak

Menghadap bertapak dilakukan semasa:
1. Penerimaan penabalan
2. Memohon izin bergelanggang
3. Memberi hormat kepada majlis

Caranya:
Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat).
a) Mengikut darjat bermaksud di antara:
    1. yang memberi hormat
    2. yang dihormatkan
b) Duduk berlutut pada ahli silat:
    1. Peringkat Tapak
        Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.
   2. Peringkat Seni
      Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.